Friday 28 October 2011

Kata Adjektif Warna

  • Kata yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan, iaitu kesan corak rupa yang diperoleh mata daripada cahaya yang mempunyai gelombang yang berbeza dan dipancarkan kembali oleh benda-benda:
          - putih, kuning (air, langsat, kunyit, Tok Sami);
           - hijau (telur itik, daun, pucuk pisang, tua, muda);
           - biru (tua, muda, laut, langit);
           - kelabu (asap, tahi anjing);
           - hitam (legam, manis, tampuk manggis);
           - merah (darah, hati, jambu, cabai, tua, muda).


  • Contohnya:
           
kelabu asap, rambut hitam, warna biru, merah cabai, hitam legam, biru laut, rumput hijau, layar ungu.
biru laut

merah cabai

  • Contoh ayat:

1.  Kamarudin menjadi hitam legam kerana terpaksa berpanas sepanjang hari membantu ayahnya di ladang semasa cuti sekolah.
       
hitam legam
         

2.  Siti gemar memakai baju yang berwarna merah hati.
merah hati

 

Sunday 16 October 2011

Kata Adjektif Sifatan / Keadaan

Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama, iaitu:

      Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat
* Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang…)
* Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda
* Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak 

baik, gopoh, takut, tegas, marah, jahat, pandai, berani, nakal, buas, cerdik, lembut, sihat, tenang, tegang, rajin, segar, gelora, kecewa…


muka sedih
basikal baharu











tersenyum sinis

Mari Belajar Tatabahasa


KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif boleh disertai kata penguat atau/dan kata bantu. Fungsi kata adjektif untuk menerangkan keadaan, rupa, atau sifat kata nama atau frasa nama.


JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

      ► Kata adjektif sifatan / keadaan
      ► Kata adjektif warna
      ► Kata adjektif ukuran
      ► Kata adjektif bentuk
      ► Kata adjektif waktu
      ► Kata adjektif jarak
      ► Kata adjektif cara
      ► Kata adjektif perasaan
      ►Kata adjektif pancaindera